Penutup
PENUTUP
Tuntasnya,ketiga-tiga tokoh di atas telah banyak memberi sumbangan
kepada Islam dalam bidang matematik,perubatan serta sains kimia.Malah sehingga
kini sumbangan mereka masih diguna pakai dan menjadi rujukan utama bagi
generasi sekarang.Usaha gigih tokoh-tokoh diatas untuk memberi sumbangan terhadap Islam
seharusnya dicontohi oleh anak muda bagi
memastikan Islam terus berkembang maju di negara ini.
Sains dan teknologi Islam juga adalah berdasarkan kepada mentauhidkan allah
dan menyaksikan kebergantungan antara semua yang wujud dengan Ilmu
allah.Sebagai contoh dapat kita lihat tokoh-tokoh Islam pada zaman dahulu dapat menguasai bidang sains dan
teknologi ,disebabkan itulah mereka dapat memikul beban dan tanggungjawab untuk
memajukan Islam itu sendiri.Jelaslah pada kita bahawa sains dan teknologi yang
ada pada hari ini adalah hasil kajian dari tokoh-tokoh Islam dahulu sehinggakan
orang Barat sendiri menceduk ilmu dari Islam untuk digunapakai atas nama mereka .
Pada masa kini,terdapat banyak fakta-fakta yang bercanggah dengan apa
yang berlaku pada zaman kegemilangan tamadun Islam dulu.Barat telah Berjaya menjadi rujukan utama dalam mencari
ilmu pengetahuan terutama dalam kalangan anak-anak muda walhal sumbangan besar
Tokoh-tokoh Islam dalam bidang sains dan
teknologi begitu banyak dan mereka telah memulakan tradisi menjalankan setiap
ujikaji secara teliti berdasarkan ilmu Allah.
Waalhualam…
Comments
Post a Comment