Al Razi

AL RAZI 

Sumber: Wikipedia 

LATAR BELAKANG

NAMA SEBENAR :
Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi
NAMA YANG DIKENALI DI BARAT :
Galen of the Arab
TEMPAT DAN TAHUN LAHIR:
Ray (sebuah bandar di iran) pada 250 Hijrah bersamaan 864 Masihi
Tarikh Wafat:
pada 318 Hijrah bersamaan 930 Masihi
Keistimewaan:
Tokoh falsafah Kimia dan Perubatan yang paling tersohor
Kepakaran:
Kimia dan Perubatan


RINGKASAN KEHIDUPAN

        Dalam bahasa Parsi, Razi bermaksud “dari Bandar Ray”, sebuah Bandar silam di cerun selatan Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak berhampiran Tehran, Iran. Beliau telah membuat banyak kebaikan dan banyak pencapaian yang diperolehi beliau di Bandar ini. Beliau merupakan anak kelahiran bumi Iran dan merupakan seorang tokoh yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah

         Pada awal kehidupan beliau, beliau merupakan seorang tukang emas. Malahan, beliau juga merupakan seorang pemain gambus(rebab, rebana) sambil menyanyi. Beliau telah meninggalkan pekerjaan beliau dan mempelajari bidang perubatan dan falsah kemudiannya. Menurut Profesor Abdel- Reheem Ead, Profesor Kimia di Fakulti Sains, Universiti Cairo, “ Al-Razi mulai mempelajari ilmu perubatan setelah membuat lawatan pertama ke Baghdad, apabila beliau berusia 30 tahun, di bawah ahli perubatan yang terkenal, Ali ibn Sahl, seorang Yahudi yang memasuki Islam, tergolong kepada sekolah perubatan Tabaristan atau Hyrcania yang terkenal.

Beliau menunjukkan kepakaran yang mendalam berkenaan bidang tersebut sehinggakan beliau dengan pantas melepasi gurunya, dan menulis tidak kurang daripada seratus buah buku perubatan”. Beliau telah mempelajari ilmu perubatan melalui gurunya iaitu Ali ibn Rabban At-Tabbari dan juga ilmu falsafah dari al-Balkhi. Dalam masa yang sama, beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera dan kimia.

SUMBANGAN

Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam bidang perubatan. Antaranya:

1.  Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar


Sumber: http://penyakitcacar.com
2. Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan.
3. Orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius.
4. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.
5. Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata.Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa
Sumber : www.penyakitkatarak.com

6. Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing



KARYA AL-RAZI



Sumber :sainsteknologi2012islam.blogspot.my


1.       Kitab al-Hawi (Liber Contines) merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah. Minat yang mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10kg ini terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12M lagi sehingga abad ke-17M.

2.       Kitab al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem) juga karya agung al-Razi dalam dunia perubatan. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sent dan sains perubatan.


KEISTIMEWAAN DAN KEPAKARAN

Al-Razi mahir dalam bidang kimia, perubatan, biologi, sains dan falsafah. Al-Razi merupakan seorang tokoh islam yang berfikiran rasional, amat yakin dengan logik dan beliau dianggap oleh rakan semasa dan penulis bioliografi sebagai bebas dan bebas dari sebarang prejudis, amat cekal dan berani mengutarakan pendapat tanpa teragak-agak. Beliau percaya kepada kemajuan dunia dan “Tuhan Maha Bijaksana”.

Al-Razi banyak mengembara di kebanyakan tempat dan telah berkhidmat kepada beberapa putera dan pemerintah terutamanya di Baghdad di mana beliau mendirikan makmalnya. Beliau juga merupakan seorang guru dalam bidang perubatan dan telah menarik minat ramai pelajar dalam pelbagai bidang terutamanya perubatan.

Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M. Kedua-dua karya ini juga merupakan sumber kurikulum tradisional di kalangan para pengamal perubatan Islam.

Comments

  1. Wahh sungguh menarik. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah banyak input-input yang boleh di ambil.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian bermanfaat 👍

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini

    ReplyDelete
  6. Menambah ilmu pengetahuan 😂. Nasib baik aku bacaaaa. Goodjob !

    ReplyDelete
  7. Terlalu banyak sumbangan beliau

    ReplyDelete
  8. Allahu he is such a great icon

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah perisian yg menarik

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, pengisian yang bagus

    ReplyDelete
  11. Nice content. Very good .nice effort

    ReplyDelete
  12. Blog yang menarik, penggunaan ayat yang baik,pengisian yang mantap saya bagi 4 bintang...syabas anak muda...

    ReplyDelete
  13. info yang sangat menarik dan menambah pengatahuan saya tentang tokoh tokoh tamadun. good job . teruskan memberi info yang lain .

    ReplyDelete
  14. Dah komen semalam tapi tak nampak kat sini, anyways, you guys did a good job! Sngat bermanfaat, really worth reading.

    ReplyDelete
  15. Layout blog yang simple, senang untuk pembaca memilih tokoh yang ingin diterokai, info yang dapat tetapi boleh difami secara jelas.

    Sesungguhnya kita sebagai pelajar sepatutnya contohi semangat Al-Razi dalam meneroka ilmu yang banyak, bukan sekadar belajar untuk lulus atau sijil sahaja. Lihat pada kepakaran beliau dalam pelbagai bidang menjadi beliau salah satu tokoh Islam yang disanjung sehingga kini. Karya nya dijadikan rujukan utama dalam bidang medic.

    Overall, this blog great for new knowledge :)

    ReplyDelete
  16. Full of content & knowledge !!! , Bravooo!

    ReplyDelete
  17. Terima kasih byk untuk info ^o^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Khawarizmi

Ibn Hayyan