Ibn Hayyan

IBN HAYYAN 
Sumber: www.alshindagah.com
LATAR BELAKANG

NAMA SEBENAR :
Abdullah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Azdi
NAMA YANG DIKENALI DI BARAT :
Gaber bin Hayyan
TEMPAT DAN TAHUN LAHIR:
Thus, Khurasan, Iran pada tahun 721 M
Tarikh Wafat:
Tahun 815 M
Keistimewaan:
Tokoh Kimia yang paling tersohor dan terbesar dalam sejarah
Kepakaran:
Kimia


RINGKASAN HIDUP

Jabir Ibnu Hayyan adalah seorang tabib Arab yang terkemuka di dunia. Beliau hidup pada awal pemerintahan Abbasiyah ( akhir abad kelapan dan awal abad kesembilan ). Beliau adalah salah seorang pakar kimia yang berasal dari Kufah ( Iraq) . Beliau merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua. Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rasyid sebagai teman dan anak murid kepada Imam Syiah ke enam, Imam Ja’afar Al Siddiq. Beliau kemudian menetap di Baghdad dan meninggal dunia pada abad ke lapan Masihi. Diriwayatkan juga beliau merupakan anak murid kepada Khalid bin Yazid b. Muawiyah. Beliau kurang dikenali dan kurang bergaul dan sifatnya ini membolehkannya menumpukan perhatian terhadap kajiannya. 


Di kalangan orang Barat, beliau lebih dikenali sebagai Gaber bin Hayyan. Ada pendapat mengatakan beliau dinamakan Gaber (penampung) kerana memperbaiki ilmu kimia iaitu memindahkan ilmu kimia tua kepada bentuk ilmu kimia moden. Beliau digelar mahaguru kimia Arab dan Gaidaki berpendapat bahawa Gaber telah berjaya membongkar rahsia yang membolehkan sisa-sisa galian ditukar kepada bentuk emas.

SUMBANGAN

                Jabir telah menghasilkan banyak penulisan-penulisan yang kemudiannya ditambahkan lagi oleh pengikut-pengikutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir. Himpunan hasil penulisan Jabir dikenali sebagai Korpus Jabir (The Corpus of Geber) Buku kedua kitab Al-Sab'in, juga telah diterjemahkan oleh ' Gerard Cremona '. ' Berthlot' juga salah seorang penterjemah hasil karya Jabir di antaranya berjudul " Book of Kingdom ", " Book of The Balances ", " Book of Eastern Mercury ". Kemudian pada tahun 1678, telah muncul pula ' Richard Russel ' menterjemah karya Jabir yang berjudul " Sum of  Prefection ".
Sumber : www.aktual.com


Banyak hasil karya Jabir telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris oleh sarjana Barat bagi memperkayakan khazanah ilmu di Barat. Beliau telah menulis 300 buku falsafah, 2300 artikel mengenai peralatan perang, 500 buku perubatan, buku serangga 300 halaman, 500 buah buku yang menolak beberapa teori falsafah, buku mengenai zuhud dan nasihat, buku mengenai mantera dan buku sains menurut Aristotle.
Secara keseluruhannya, hampir 3000 risalah dan artikel dikemukakan oleh Jabir ibnu Hayyan. 112 didedikasikan untuk Barmaki Vizier, wazir Khalifah Harun al-Rasyid.



KEPAKARAN DAN KEISTIMEWAAN.

TEORI KIMIA

Berbagai eksperimen telah beliau lakukan menggunakan teknik yang menakjubkan dalam bidang kimia yang kini menjadi dasar dalam mengembangkan ilmu kimia modern. Di antaranya adalah kristalisasi, distilisasi/penyulingan, kalsinasi, dan sublimasi. Jabir ibnu Hayyan juga membuat instrumen pemotong, pelebur, dan pengkristal. Jabir menyempurnakan proses dasar sublimasi, penguapan, pencairan, kristalisasi, pembuatan kapur, penyulingan, pencelupan, dan pemurnian. Beliau juga meletakkan dasar teori oksidasi-reduksi, selain juga sematan atau fiksasi, dan amalgamasi.,

 PENGHASILAN PERALATAN

Jabir Ibnu Hayyan berjaya menghasilkan instrumen pemotong, peleburan dan pengkristalan. Beliau menyempurnakan proses dasar sublimasi, penguapan, pencairan, kristalisasi, pembuatan kapur, penyulingan, pencelupan, pemurnian, sematan (fixation), dan oksidasi-reduksi. Semua teknik telah beliau siapkan sebelumnya, beliau juga telah membezakan antara penyulingan langsung menggunakan bejana basah dan penyulingan tak langsung menggunakan bejana kering, dan Jabir merupakan orang yang pertama kali mengesahkan bahawa air hanya dapat dimurnikan melaui proses penyulingan.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al Razi

Al-Khawarizmi