Al-Khawarizmi

Tokoh Islam : Al- Khawarizmi

Sumber: www.fisikaislam.com



LATAR BELAKANG

NAMA SEBENAR :
Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi
NAMA YANG DIKENALI DI BARAT :
Al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi
TEMPAT DAN TAHUN LAHIR:
Khawarizm (Khiva), sebuah kota di selatan Sungai Oxus pada 770 Masihi
Tarikh Wafat:
Wafat antara tahun 220 dan 230M
Keistimewaan:
tokoh matematik yang paling tersohor dan terbesar dalam sejarah
Kepakaran:
algoritma dalam matematik , astronomi


RINGKASAN HIDUP

            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.
            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

SUMBANGAN

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya:

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
  1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.


Sumber: Wikipedia

  1. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
  2. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

HASIL KARYA AL-KHAWARIZMI

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :



Sumber: raudhahjiwa.blogspot.my

  1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
  2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
  3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
  4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
  5. Al-Amal bi’ Usturlab’ 


KEPAKARAN DAN KEISTIMEWAAN

            Kepakaran beliau dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar  matematik dan ahli akademik Matematik di Baitul Hikmah. Beliau turut mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah.
Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.


Geometri
Sumber :www.universitego.com

Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.  


Algebra/aljabar

Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12.  sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M.  Sebelum ini tak ada istilah aljabar.


Comments

  1. Begitu menakjubkan kerana penemuannya masih diguna pakai hingga ke hari ini ^^

    ReplyDelete
  2. Umat sekarang patut mencontohi tokoh-tokoh ini >,<

    ReplyDelete
  3. hmmm..new info for me there 👍

    ReplyDelete
  4. Nice one! Need more entry about this 😊

    ReplyDelete
  5. Ilmu yang masih digunakan 👍🏻

    ReplyDelete
  6. banyak maklumat yang berguna 😋

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  8. terima kasih diatas pengisian yang sangat berguna

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al Razi

Ibn Hayyan