Posts

Al Razi

Image
AL RAZI  Sumber: Wikipedia  LATAR BELAKANG NAMA SEBENAR : Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi NAMA YANG DIKENALI DI BARAT : Galen of the Arab TEMPAT DAN TAHUN LAHIR: Ray (sebuah bandar di iran) pada 250 Hijrah bersamaan 864 Masihi Tarikh Wafat: pada 318 Hijrah bersamaan 930 Masihi Keistimewaan: Tokoh falsafah Kimia dan Perubatan yang paling tersohor Kepakaran: Kimia dan Perubatan RINGKASAN KEHIDUPAN         Dalam bahasa Parsi, Razi bermaksud “dari Bandar Ray”, sebuah Bandar silam di cerun selatan Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak berhampiran Tehran, Iran. Beliau telah membuat banyak kebaikan dan banyak pencapaian yang diperolehi beliau di Bandar ini. Beliau merupakan anak kelahiran bumi Iran dan merupakan seorang tokoh yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah          Pada awal kehidupan beliau, beliau merupakan seorang tukang emas. Malahan, beliau juga merupakan seorang pemain gambus(rebab, rebana) sa

Ibn Hayyan

Image
IBN HAYYAN  Sumber: www.alshindagah.com LATAR BELAKANG NAMA SEBENAR : Abdullah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Azdi NAMA YANG DIKENALI DI BARAT : Gaber bin Hayyan TEMPAT DAN TAHUN LAHIR: Thus, Khurasan, Iran pada tahun 721 M Tarikh Wafat: Tahun 815 M Keistimewaan: Tokoh Kimia yang paling tersohor dan terbesar dalam sejarah Kepakaran: Kimia RINGKASAN HIDUP Jabir Ibnu Hayyan adalah seorang tabib Arab yang terkemuka di dunia. Beliau hidup pada awal pemerintahan Abbasiyah ( akhir abad kelapan dan awal abad kesembilan ). Beliau adalah salah seorang pakar kimia yang berasal dari Kufah ( Iraq) . Beliau merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua. Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rasyid sebagai teman dan anak murid kepada Imam Syiah ke enam, Imam Ja’afar Al Siddiq. Beliau kemudian menetap di Baghdad dan meninggal dunia pada abad ke lapan Masihi. Diriwayatkan juga beliau merupakan anak murid kepada Khalid bin Yazid b. Muawiyah. Beliau kuran

Al-Khawarizmi

Image
Tokoh Islam :  Al- Khawarizmi Sumber: www.fisikaislam.com LATAR BELAKANG NAMA SEBENAR : Muhammad Ibn Musa al-khawarizm i NAMA YANG DIKENALI DI BARAT : Al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi TEMPAT DAN TAHUN LAHIR: Khawarizm (Khiva), sebuah kota di selatan Sungai Oxus pada 770 Masihi Tarikh Wafat: Wafat antara tahun 220 dan 230M Keistimewaan: tokoh matematik yang paling tersohor dan terbesar dalam sejarah Kepakaran: algoritma dalam matematik , astronomi RINGKASAN HIDUP             Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan  Khalifah al-Ma’mun , bekerja di  Bayt al-Hikmah  di Baghdad.              Beliau bekerja dalam sebuah  observatory  iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khal